Thursday, 27 August 2015
Sejarah Kampung Losong
Tahu kah kalian dari mana kah datangnya nama Kampung Losong?
Menurut beberapa kajian yang menemuramah cicit kepada Losong iaitu Tuan Haji Wan Nawang bin Haji Abdullah, Losong merupakan nama seorang perempuan yang berbangsa Bugis yang telah melarikan diri meninggalkan kampung kerana kalah di dalam peperangan di negerinya. Mereka kemudiannya berlayar ke Terengganu dan membuka petempatan yang akhirnya diberi nama sebagai L-O-S-O-N-G..
Peristiwa ini berlaku kira-kira 400 tahun yang lalu. Kebanyakan penduduk asal Losong merupakan keturunan Losong.
Agak-agak berapa banyak kampong Losong di daerah Kuala Terengganu ni? mesti korang terkejut.
PECAHAN KAMPUNG LOSONG (11 kampung)
Terdapat beberapa pecahan Kampung Losong iaitu:
Kampung Losong Haji Su
Kampung Losong Masjid
Kampung Losong Haji Awang
Kampung Losong Megat Husin
Kampung Losong Panglima Perang / Losong Tepah
Kampung Losong Atap Zin
Kampung Losong Dato' Amar
Kampung Losong Feri
Kampung Losong Haji Mat Shafie
Kampung Losong Tangki Air
Kampung Losong Lebai Salleh
Banyak kan bilangan kampung losong ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment